Kerana Itu Aku Memilih Dia
Puteri Aisyah disolek cantik
secantik bidadari. Pesolek itu tentunya Dayang Seri Kekwa yang kelihatan
tersenyum puas apabila hasil kerja tangannya menjadi. Puteri Aisyah juga kini
mampu memakai pakaian kakaknya kerana selama dia merantau, dia telah banyak
berdikari dan sedar tidak sedar, tubuh
badannya mulai susut. Namun, Puteri Aisyah tidak akan lupa diri dengan asal
–usul tubuhnya dahulu.
Pada hari itu, Puteri Aisyah
akhirnya bakal disatukan dengan pemuda pilihannya. Setelah abang dan kakaknya
berkhawin, dia akhirnya menurut. Setelah itu, dia pasti akan dibawa pulang ke
Negara pemuda tersebut untuk menjadi permasuri hidupnya serta permaisuri
Negara. Setelah kejadian sepurnama yang lepas, perbalahan antara Putera Mirwan
Mizan serta Putera Qairen Shahrul Nazam, dia akhirnya memilih jua.
Dia akhirnya memilih Putera Qairen
Shahrul Nazam. bukan kerana dia juga seorang putera raja, namun atas dasar dia
cintakan Puteri Aisyah kerana Allah. Puteri Aisyah mencintai Putera Qairen juga
kerana Allah. Kerana itulah mereka disatukan.
Putera Mirwan Mizan hadir ke majlis
perkhawinan Puteri Aisyah. Putera Mirwan Mizan melihat betapa mesranya Puteri
Aisyah dan Putera Qairen. Akhirnya Putera Mirwan Mizan mampu tersenyum melihat
wajah gembira Puteri Aisyah. Selama ini, sudah lama dia tidak pernah tersenyum
apabila melihatnya, dan kini semuanya berkahir. Dia berkhawin jua dengan Dayang
Dang Wangi. Mungkin Dayang Dang Wangi juga mampu membuatkan Putera Mirwan Mizan
tersenyum.
Mak Dayang tersenyum lebar
melihat majlis perkhawinan Puteri Aisyah dengan Putera Qairen. Walaupun Daim
bukanlah jodohnya, namun kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Daim masih
mampu mencari yang lebih baik darinya.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Puteri Aisyah duduk
bersendirian. Puas sudah menulis cerita di helaian-helaian kertas itu.
Dakwatnya habis digunakan untuk menulis cerpen berkisarkan sejarahnya dahulu.
Setelah itu, dia menatap kembali satu ayat yang dia tidak pernah melupakan yang
datangnya dari Putera Qairen, suami kesayangannya kini iaitu.
“Kau tahu tak, kerana cinta
Aisyah itu sucilah, aku jaga dengan baik. Aku tak nak dia terluka,”
Puteri
Aisyah tersenyum sendirian…
# TAMAT #
No comments:
Post a Comment