September 17, 2012

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Bab 10


Hati ini Sudah Dimiliki

                Perasaan Puteri Aisyah bercampur baur ketika itu. Antara gembira dan sedih. Gembira kerana dia sudah menjumpai keluarga sebenarnya dan sedih apabila mengingatkan kisah silam yang menjerat dirinya membuang diri jauh dari tanah air tempat kelahirannya. Dalam kesamaran malam, berpandukan cahaya bulan yang menyinar, Puteri Aisyah berlari meninggalkan istana milik bekas kekasihnya itu.
                Dia masih ingat, sebelum meninggalkan istana kesayangannya dulu, dia pernah berkata bahawa dia tidak akan dan tidak mahu menemui kesemua bekas kekasihnya yang telah melukakan hatinya dulu dan apabila dia bertemu kembali dengan Putera Mirwan Mizan, dia sanggup lari meninggalkan bonda dan ayahandanya walaupun dia amat menyayangi mereka.
                Tiba-tiba dia terjatuh akibat tersadung batu yang agak besar. Puteri Aisyah jatuh tergolek. Dia cuba bangun kembali namun sudah terlambat kerana telah dihalang oleh Putera Mirwan Mizan.
                “ Mengapa kau ikut aku lagi,”
                “ Kanda nak minta maaf,”
                “ Minta maaf apa lagi. Aku dah maafkan kau dulu. Sudahlah. Pergilah. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Lagipun, esok kau dah nak khawin,”
                “ Kanda.. Kanda.. masih cintakan dinda. Kanda mahu kita berdua dijodohkan,”
                “ Apa kau cakap ni? Mana kau nak letak Dang Wangi, kekasih kesayangan kau tu? Kau ingat dia tu alat permainankah untuk dipermainkan?,” marah Puteri Aisyah.
                “ Tolonglah dinda. Terimalah kanda kembali. Kanda menyesal memutuskan ikatan cinta kita dahulu,” kata Putera Mirwan Mizan penuh sebak.
                “ Sudah terlambat,”
                “ A..pa maksud dinda,” jelas suaranya terkejut.
                “ Aku sudah berpunya,”
                “ Siapakah orang yang dimaksudkan dinda itu? Berani sekali dia merampas dinda daripada kanda,”
                Puteri Aisyah tidak tahu untuk mengatakan siapa.  Mulutnya terpaksa menipu namun tipuan itu memakan dirinya. Puteri Aisyah terdiam.
                “ Katakan siapa? Mengapa berdiam diri. Adakah dinda hanya menipu kanda semata-mata untuk melepaskan diri dari kanda,”
                Dalam hati Puteri Aisyah, “ Tolonglah Ya Allah. Aku memohon kepadaMu. Selamatkanlah aku dari dia,”
                Tiba-tiba kucing yang bernama Qairen muncul.  Puteri Aisyah memeluk erat kucing tersebut kerana terlalu takut.
                “ Katakan siapa? Jangan bermain-main dengan kanda,” marah Putera Mirwan Mizan.
                Akhirnya antara terpaksa dengan cinta yang mungkin tak berbalas, Puteri Aisyah menyuarakan juga.
                “ Qairen,”
                “ Qairen? Apa betulkah dinda menyintai dia dan dia menyintai dinda sepertimana kanda menyintai dinda,”
                “ Erk…,” Puteri Aisyah tergagap-gagap untuk menyatakannya.
                “ Memang benar kami saling menyintai. Mengapa tuan hamba pandai-pandai merampas kekasih hati hamba ini,” tiba-tiba ada seseorang yang bersuara. Ya, suara itu adalah Qairen.
                “ Akhirnya kau muncul jua. Anak Sultan Hadi Alimuniddin yang bakal memimpin Negara Quariawan, Putera Qairen Shamsul Nazam,” kata Putera Mirwan dengan nada sinis.
                “ Ya, sayalah itu wahai Putera Mirwan Mizan. Bapanya Sultan Maher Zahir yang pernah cuba memusnahkan Negara besar yang diasaskan oleh nenek moyang aku,”
                Puteri Aisyah tersentak. Mereka berdua saling mengenali? Juga Qairen adalah kerabat diraja yang disanjung tinggi oleh Negara-negara lain. Langsung Puteri Aisyah tidak menyangka perbalahan antara mereka berdua telah membongkarkan rahsia Qairen yang pemalu.
                “ Cis, tidak perlu kau beritahu itu. Suatu hari nanti, pasti aku akan dapat menawan Negara itu,”
                “ Cubalah,”
                “ Sebelum itu, aku akan dapatkan Puteri Aisyah aku kembali !!,”
                “ Jangan harap. Dia milikku sekarang. Kau memang teruk. Diberi cinta yang suci kau balas dengan tuba. Manusia apa kau ni. Kau tahu tak, kerana cinta Aisyah itu sucilah, aku jaga dengan baik. Aku tak nak dia terluka. Dan kau tahu tak, cinta Aisyah itu terlalu suci sehinggakan payah sungguh dia menerima takdir. Kau telah mensia-siakannya selama ini,”
                Kedengaran suara Putera Mirwan Mizan akhirnya mengeluh berat. Dipandangnya langit malam yang terang dengan cahaya bulannya.
                “ Aku menyesal. Aku menyesal ikut kata hati. Memang aku tak nafikan, cinta dia suci. Maafkan kanda, dinda,” sesal sungguh suara itu.
                Puteri Aisyah diam tidak bersuara. Wajahnya ditundukkan. Puteri Aisyah cuba bangun untuk berlalu dan tiba-tiba akhirnya dia rebah jua.

1 comment: