September 1, 2012

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Bab 9


Siapa Ainul Mardhiah ?

                Putera Mirwan Mizan memasamkan muka di kamarnya. Malas melayan kerenah ayahanda dan bondanya yang memaksa mengadakan majlis makan malam di istana atas sebab perkhawinan dia dan Dayang Dang Wangi. Dia tidak suka membesarkan perkhawinannya dengan semua orang namun sudah menjadi adat istiadat diraja ,dia terpaksa akur dengan adat tersebut.
                Ketika itu, Putera Mirwan Mizan terkenang akan janjinya dahulu kepada Puteri Aisyah. Katanya mahu membawa Puteri Aisyah berjumpa dengan Dayang Dang Wangi namun tak kesampaian. Dia telah hilang pada hari yang sama dia memutuskan ikatan cintanya dengan Puteri Aisyah.
                Namun peribahasa ada mengatakan, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa. Dia sebenarnya rasa sungguh bersalah dengan Puteri Aisyah. Berkali-kali difikirkan mengapa Puteri Aisyah hilang begitu saja. Entahkan hidup entahkan mati kerana berita itu sudah tersebar luas dengan mengatakan Puteri Aisyah terjun ke dalam sungai dan tubuhnya tidak ditemui hingga sekarang.
                Kata ayahandanya, yang berlalu biarkan ia berlalu. Mungkin itu ada hikmahnya. Malam itu, ayahandanya juga menjemput Sultan Ahmad Nizauriwan serta Permaisuri Dyana Seri Lyia, ayahanda dan bonda Puteri Aisyah. Sudah berkali-kali dia meminta maaf kepada mereka. Walaupun mereka sudah memaafkannya, dia masih lagi teringat akan Puteri Aisyah.
                Puteri Aisyah terlampau baik. Dialah puteri idaman lelaki sepatutnya. Pertama kali melihat Puteri Aisyah, sememangnya dia jatuh cinta dengan sopan santun dan pandai mengambil hati orang lain, namun apabila khabar angin menceritakan keburukan Puteri Aisyah, membuatkan dia berusaha mencari alasan untuk memutuskan percintaannya dengan Puteri Aisyah,
                Segala – galanya terbongkar jua dikemuncaknya. Rupa-rupanya, penyebar khabar palsu itu datangnya dari Putera Ilyasa sendiri. Putera Ilyasa dengki akan perhatian kedua-dua orang tuanya terhadap Puteri Aisyah membuatkan dia menabur fitnah dan akhirnya dia tertangkap. Sultan terpaksa memenjarakan Putera Ilyasa kerana malu akan perbuatan anakandanya sendiri.

                @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
                Persembahan syair daripada Ainul Mardhiah bakal bermula. Ainul Mardhiah pelik melihat Putera Mirwan Mizan hanya menundukkan wajahnya di hadapan makanan. Dayang Dang Wangi disebelahnya berkali-kali dilihat memujuk Putera Mirwan Mizan.
                “ Dijemput Ainul Mardhiah dari Kampung Sungai Permata untuk mempersembahkan syair cintanya. Dipersilakan,”
                Ainul Mardhiah mengambil tempatnya di atas pentas lantas bemulalah iringan lagu dan syairnya…
                Kelihatan Putera Mirwan Mizan tersentak.
                Sultan Ahmad Nizauriwan tergamam…
                Permaisuri Dyana Seri Lyia terpana…
                “ I..itu.. Puteri Aisyahkah?,” bisik Sultan Ahmad Nizauriwan.
                “ Anakanda Puteri Aisyah,” Permaisuri Dyana Seri Lyia menangis.
                Ibu siapa yang tidak mengenal anaknya. Setahun berlalu, pemergian Puteri Aisyah membuatkan jiwanya tertekan. Anakanda kesayangannya itulah penyeri hidupnya selama ini. Bila bersamanya, Puteri Aisyah sentiasa menceriakan suasana.
                “ Sekian, terima kasih,” akhirnya Ainul Mardhiah mengakhiri syairnya.
                Ainul Mardhiah berjalan perlahan menuju ke tempat duduknya namun tiba-tiba..
                “ Anakanda Puteri Aisyah,” kata Permaisuri Dyana Seri Lyia sambil memeluknya erat.
                Ainul Mardhiah kelihatan terkejut.
                “ Ma..ma..af Permaisuri. Saya bukan Puteri Aisyah. Saya Ainul Mardhiah,” kata Ainul Mardhiah perlahan – lahan.
                “ Kamu memang anakanda kami,”
                “ Mana mungkin. Apa bukti saya ni anak tuanku. Tuanku salah orang ni, Maafkan saya,”
                “ Kamu mempunyai anak mata berwarna merah jambu dan rambut berwarna kuning keemasan bukan? Dalam keturunan Permaisuri Dyana Seri Lyia sahaja yang mempunyai keistimewaan ini,” jelas Sultan.
                “ Benar kata kedua – dua ibu bapa kamu,” tiba-tiba ada seseorang pula mencelah.
                “ Ka..kamu Qairen?,”
                Pemuda itu menganggukkan kepala. Dia menepuk tangan lantas kucing yang bernama Qairen yang berada di dalam pangkuan Ainul Mardhiah terus melompat meninggalkannya dan pergi kearah Qairen.
                “ Maafkan saya kerana tidak memberitahu kamu juga. Ini adalah kucing milik saya dan sayalah yang menyuruh kucing saya ini sentiasa menjaga awak,”
                “ Dan maafkan patik tuanku dan permaisuri kerana tidak memberitahu akan perkara ini. Saya mahu melihat dia hidup berdikari,”
                “ Maaf kamu diterima,” jawab Sultan sambil tersenyum.
                Para hadirin yang melihat kesemua kejadian itu bersorak gembira. Mereka gembira melihat Ainul Mardhiah a.k.a Puteri Aisyah gembira di pangkuan ibubapanya.
                “ Dinda Aisyah,” Puteri Aisyah tersentak mendengar panggilan tersebut lalu menoleh.
                “ Kanda Mizan ?,” Putera Mirwan Mizan mengangguk.
                Pada waktu itu peristiwa silam diulang tayang di kotak fikirannya. Puteri Aisyah berlalu keluar tanpa mempedulikan orang di sekelilingnya. Putera Mirwan Mizan tergamam melihat langkah kaki menyusun laju meninggalkan istana lantas dia mengejarnya.

No comments: