July 31, 2011

Perbezaan Orang Gemuk & Orang Kurus

BADAN BESAR (GEMUK)

BADAN KECIL (KURUS)

Hodoh/Buruk

Cantik/Comel

Dibenci orang

Disukai ramai

Selalu Terhina

Selalu Dipuji

Susah dapat kawan

Senang dapat kawan

Diejek

Dipuji

Selalu dapat pahala percuma

Selalu dapat dosa percuma

Ibu bapa senang menjaga

Ibu bapa susah menjaga

Malu berhadapan dengan orang

Berani berhadapan dengan orang

Terlalu pemalu

Terlalu peramah

Pakaian terkurang fashion

Pakaian terlebih fashion

Sentiasa terpinggir

Sentiasa terkenal

Senang berpeluh

Susah berpeluh

Sentiasa merendah diri

Sentiasa meninggi diri

Dosa kurang

Dosa banyak



= INI HANYALAH PANDANGAN SAYA
= PANDANGAN ORANG LAIN BAGAIMANA?
= SEBENARNYA, KITA SEMUA SAMA SAHAJA DI SISI ALLAH SWT
= JANGAN MEMPERKECILKAN ANTARA SATU SAMA LAIN..
= SEMUA DI ATAS KEBANYAKANNYA SALAH..HANYA PANDANGAN



Badan Berbau ~ Masalah Pergaulan

Sok Sek Sok Sek... ( kedengaran Syelin dan Shani berbisik sambil mata mengarah kepada Alfina)

Alfina pula rasa gelisah semacam.. rasa diperhatikan..

tiba-tiba Syelin dgn Shani gelak besar ( mata masih mengarah kepada Alfina)

Alfina( berbadan besar) rasa terhina lantas berlalu dari situ.

Firna datang ke tempat Syelin dan Shani duduk lalu bertanya,

" Apa yang awak gelakkan?"

" Itu, anak gajah tu."

" Alfinakah?"

Mereka mengangguk lalu ketawa lagi.

" mengapa kamu ketawakan dia?"

" sebab dia duduk sorang2 je at situ. tak de sape nak teman. awak tau kenapa?"

" Kenapa?"

" Sebab badan dia BERBAU !!" mereka gelak lagi kecuali Firna.

" Berbau macam mana pula?"

" Dah sedar dia tu gemok, mmg cepat peluh. pastu busuk la.. Eiii, tak sanggup aku nak dekat ngan dia. tekak aku rasa cm nak Muntah,"

" itulah sebab dia tak de kawan. kawan2 slalu pinggirkan die,"

" Siannye Alfina,"

" Tak payah awak nak kesian kat dia pula..," lantas mereka berdua berlalu pergi.

10 TAHUN KEMUDIAN

" Pemenang ' Miss Universe' pada tahun 2011 telah dimenangi oleh MISS NURUL ALFINA,"

kelihatan Syelin dan Syani ternganga...

MEngimbau kenangan lalu, Alfina gadis yang gemuk dan obesiti. mempunyai rupa paras yang tidak setanding dengan Siti Nurhaliza. kini, badannya kurus langsing mengalahkan Nora Danish. Mukanya putih suci bak rembulan di tengah malam. kini kawannya juga sudah banyak dan dia sendiri sudah terkenal 1 Malaysia..

Syelin dan Syani akhirnya insaf kerana mereka kini bukan seorang gadis yang cantik lagi, lebih2 lagi mereka sedang mengandung anak ke5 berkat khawin awal dan menjadi suri rumah..

notakaki:

Kadang-kadang kita tak tau apa yang terjadi selepas ini.
Kadang-kadang kita terlepas kata
Kadang-kadang kita terhina mereka
Kadang-kadang kita tak sedar kita tidak sempurna
Kadang-kadang kita pun malu nak tunjuk muka
Kadang-kadang kesempurnaan yang kita ada, hilang sekelip mata..

Dan ini bukan KADANG-KADANG

= Allah terima akan doa hamba yang ditindas
= Allah terima doa hamba yang beriman
= Allah terima taubat nasuha mereka

Kerana Allah adalah pencipta segala alam dan isinya..
Jangan memperkecilkan kelemahan orang lain..
sedangkan kita sendiri pun akan sensitif apabila kelemahan kita dihina.,.


( cerita rekaan yang membawa makna ) Nama hanya rekaan


July 27, 2011

Saya Pelat . Kenapa Hina Saya ?


" Saya pelat , Kenapa hina saya ? "

" Awak pelat ape? "

" Saya tahu, pelat sebenarnya ada 2 jenis kan ,"

" Betul , pelat pertama begini , Shaye ta shuke makan nashik lauk ayam mashak melah ,"

" yang ke 2 , tidak tahu menyebut perkataan, selalunya perkataan R ,"

" Saya dengan Rini nak pergi Rumah Razali untuk Raikan sambutan Hari Raya ,"

" Hahahahaha ,"

" Janganlah gelakkan saya !!! ,"

" Orang pelat macam awak, tak payah nak tonjolkan diri tu. Buat malu je orang gelak. hahahaha ,"

" Hina betul saya dihadapan awak sekarang ni,"

" Memang pun. Awak tu ada kelemahan yang sangat menonjol,"

" tapi kita ni hamba Allah juga. Saya tak mampu nak buat apa-apa selain berlatih-berlatih dan berlatih untuk saya dapat menyebut R. Tapi kenapa awak hina pemberian yang Allah bagi itu? Awak ingat awak itu sempurna kah? ,"



( sekadar cebisan )


July 26, 2011

Kalau Saya Badan Besar , Salahkah ?

" Awak ni gemok la,"

" Eeeii, besarnya badan dia,"

" Orang debab mana boleh kawan dengan orang kurus macam kami,"

" Awak buncit, pergi sana !,"

" Maaf, sebab awak nampak sangat comel, saya tak berminat mengenali awak,"

Okey, mungkin ini ayat yang korunk penah dengar atau korunk penah mengatakannya kepada sahabat-sahabat COMEL anda.
Dan anda pasti tahu dan perlu tahu apa yang akan mereka jawab di dalam hati atau pun menggunakan mulut..

" Kalau saya gemok, salahkah?,"

" Kalau saya badan besar, masalah besar awakkah sehinggakan awak tidak boleh hidup?,"

" Kalau saya gemok awak apa? cicak kobeng?,"

" Awak rasa adakah orang yang hendak berbadan besar seperti saya?,"

Mungkin ini jawapan mereka yang tulus dari mulut.
Dan ini mungkin adalah soalan dan jawapan mereka yang mereka tunjukkan kepada NYA.

" Kenapa orang asyik hina saya gemok. Hina sangatkah orang yang gemok? Adakah orang gemok tak akan masok syurga ? Adakah orang gemok salah dari sisi undang-undang Al-Quran mahupun negara. Adakah orang gemok dikira manusia yang tidak berguna? dan adakah orang gemok ini ... ,"

Awak fikir awak sempurna ?
Awak fikir awak bagus ?
Awak fikir awak terlampau cantik ?
Awak fikir awak peramah ?
Awak fikir awak baik ?
Awak fikir awak muslim sejati ?
Awak fikir awak pandai ?
Awak fikir awak saja yang betul ?
Awak fikir awak kurus?

Tapi awak pernah fikir tak , yang awak telah terjun ke kolam NERAKA !!

July 10, 2011

Jangan Dihina Budak Sastera !!

Assalamualaikum....
hari ini teman nak kabo kat hangpa semua...
teman ni budak kelas aliran sastera...
ambik PRINSIP AKAUN
kawan teman pun sastera...
tpi amik ERT..
teman punya kelas of coz ade addmath sbb AKAUN..
kwn teman punya kelas pulak x de...
tpi, nak tnye hangpa ni,
hangpa penah tak hina budak kelas sastera yang tak amik FIZIK, KIMIA, BIOLOGI nih?
kalo hangpa penah, ingat2 la...
bile nk cri keja nnt,
bwu hangpa tau langit tinggi rendah nk cri keje bertaraf budak kelas sains tulen...
budak sastera bermula dari bawah,
merangkak-rangkak menuju ke puncak gading..
belajar ABC walaupun bwu mengenalnya..
bersungguh-sungguh meningkatkan motovasi diri..
dan akhirnya mereka berjaya menjawat jawatan tertinggi..
tak kiralah akauntan, fashion designer, chef terkemuka, usahawan yang berjaya dan paling penting adlh menjadi isteri yang sempurna (kaum perempuan)..
Ini kerana budak ERT pandai memasak..
bukan beli makanan segera sahaje dan mati katak kerana kencing manis...
budak ERT pandai menjahit, jimat duit, jimat belanje, buat baju raya...
budak akaun bnyk pegang DUET di bank mahupun akauntan syarikat besar yg mempunya aset berjuta-juta..
budak akaun punya perniagaan yg maju dan bersistematik apabila menggunakan semua yg diajar sperti INVOIS, BUKU TUNAI, RESIT RASMI dan sebagainya...
dan anda perlu tahu...
tiada orang yang pandai akan menjadi pandai selamanya apabila dia sudah mula me'riak'kan dirinya.
dan tiada orang akan sentiasa gagal apabila dia yang dahulunya lembab dlm pljrn dan mampu meningkatkan motivasi orang..

Lihatlah sedikit sketsa yg menunjukkan anda tidak menghormati keyakinan orang...


(sebahagian ayt2 yg telah menjatuhkan maruah individu )

ustaz saya pernah kata, "Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu."
kesimpulannya, biarlah orang itu gembira dengan kejayaannya. jangan berfikir negatif terhadap mereka. mungkin mereka ingin memotivasikan diri mereka untuk menjadi yang lebih baik. berdosa jika anda menghinanya kerana anda telah menurunkan motivasinya dan Allah murka akannya.