December 24, 2011

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Bab 5

Terserempak Dua Sahabat

“ Aisyah, kemana perjalanan yang hendak dituju?,” Tanya Dayang Seri.

“ Kemana sahaja kaki kuda ini melangkah. Biarlah ia lebih jauh dari istana dan Negara ini,”

“ Tapi, sekarang kita perlu berehat. Kuda ini seperti kehausan,”

“ Baiklah. Kita berhenti di tepi sungai. Panas juga cahaya matahari di waktu tengah hari ini,”

Puteri Aisyah dan Dayang Seri menuju ke sebatang sungai. Air sungai itu jernih. Boleh dilihat ikan-ikan berenang-renang riang. Puteri Aisyah mencelupkan tangannya ke dalam sungai yang kelihatan banyak ikan. Anehnya, mereka tidak pula lari bertempiaran tapi semakin dekat dengan tangan Puteri Aisyah. Mereka mengesek-gesekkan kulit mereka ke tangan Puteri Aisyah. Puteri Aisyah ketawa riang. Senyumnya lebar.

Dayang Seri hanya memandang. Dia tidak berani mencelupkan tangannya kearah ikan-ikan itu. Dayang Seri juga tersenyum melihat Puteri Aisyah gembira di situ. Susah benar melihat Puteri Aisyah ketawa riang. Selalunya hanya senyuman terpaksa yang menghiasi wajah Puteri Aisyah. Bukan Dayang Seri tidak tahu, Puteri Aisyah tidak suka bergaduh dan bermasam muka dengan orang, oleh itu dia akan sentiasa tersenyum dan mengakui kesalahannya walaupun dia tahu bukan dia yang melakukannya. Dia sendiri sudah tahu siapa yang mengsabotaj dia dan seorang pemuda di dalam bilik stor. Abangnya yang ke2, yang merasakan Puteri Aisyah adik beradik sial yang telah merancangkan strategi itu supaya Puteri Aisyah akan keluar dari istana itu.

Sedang Dayang Seri tersenyum melihat kearah Puteri Aisyah, tiba-tiba Puteri Aisyah bersuara dengan tegas. Senyuman Dayang Seri terus hilang tiba-tiba.

“ Bahaya!,” dan serentak itu Puteri Aisyah melontarkan sebilah pisau kearah belukar. Kedengaran suara orang merintih. Puteri Aisyah segera berlari kearah belukar. Kelihatan seorang lelaki memegang tangannya yang berlumuran darah terkena pisau Puteri Aisyah dan seorang lelaki lagi sedang mengacukan pedang kearah Puteri Aisyah dan Dayang Seri.

“ Apa niat kamu ke sini?,” kata Puteri Aisyah tegas.

“ Erk..kami..kami..,”

“ Katakan sahaja. Niat kalau baik, kami tidak akan membunuh kamu,” kata Dayang Seri pula. Lembut sahaja suaranya. Tidak seperti Puteri Aisyah.

“ Kami ingin meminta sedikit makanan kepada cik untuk mengalas perut. Sudah 3 hari kami terpaksa mengikat perut,” sopan sahaja pertuturan pemuda itu kepada Dayang Seri.

Dayang Seri memandang Puteri Aisyah meminta kasihan. Puteri Aisyah agak lama termenung dan setelah itu dia mengangguk. Puteri Aisyah berlalu kearah tempat istirehatnya tadi manakala Dayang Seri menolong pemuda yang luka tadi kearah tempat Puteri Aisyah. Dayang Seri segera membuka bekalan makanannya, sebuku roti lalu diberikan kepada 2 pemuda itu. Mereka makan dengan lahapnya. Sementara itu pula, Dayang Seri mengubati luka pemuda itu tadi.

“ Siapa nama kalian berdua?,” kata Puteri Aisyah langsung tidak memandang kearah mereka berdua kerana leka dengan ikan-ikan di tepi sungai.

“ Nama saya Ahmad Farid dan yang ini sahabat saya, Wan Zaiden ,” kata pemuda yang bernama Farid itu.

Puteri Aisyah sengaja menggunakan kuasa mindanya untuk membca pemikiran Ahmad Farid dan Wan Zaiden untuk mengetahui adakah mereka berdua pemuda jahat atau pun baik. Setelah menjelajah memori Ahmad Farid dan Wan Zaiden, barulah Puteri Aisyah tahu bahawa mereka sedang merantau mencari ayah mereka yang pernah hilang sejak mereka kecil. Penat memikirkan pasal mereka berdua, Puteri Aisyah berangan seorang diri. Bermain dengan ikan di gigi air sungai sambil tersenyum melihat teletah-teletah ikan bermain.

“ Nama awak siapa?,” tanya Wan Zaiden kepada Dayang Seri.

“ Seri,”

“ Awak ni cantiklah,” puji Ahmad Farid sekilas.

“ terima kasih,” jawab Dayang Seri tidak endah.

“ Kenapa awak macam tak sudi terima pujian saya?,” tanya Ahmad Farid hairan.

Seri tidak segera bercakap tentang apa yang dia sedang fikirkan. Dia hanya mahu melihat bagaimanakah agaknya perilaku mereka kepada Puteri Aisyah sendiri.

“ Apa pendapat kamu berdua dengan gadis itu?,” Dayang Seri bertanya.

“ Perempuan tu garang dan kasar. Nak senyum pun susah. Lagi tu, perempuan tu tak tau nak jaga badan. Harap muka sahaja putih,” selamba ayat itu keluar dari mulut mereka berdua.

Seri hanya menahan sabar mendengar apa yang mereka cakapkan. Puteri Aisyah tidak pernah sedemikian garang. Dia hanya kasar kerana perwatakannya seperti lelaki. Puteri Aisyah sudah lama tidak pernah senyum apabila berhadapan dengan orang kecuali kesemua bekas-bekas teman lelakinya. Dia malu untuk berhadapan dengan orang dan tak sanggup mendengar celaan dan hinaan. Puteri Aisyah memang suka makan terutamanya buah-buahan.

Kerana Puteri Aisyah dilabel anak sial, Puteri Aisyah sendiri sedar akan dirinya yang tidak akan dipedulikan oleh orang dan dia boleh melakukan apa-apa dengan sesuka hatinya. Puteri Aisyah juga adalah anak yang paling putih sekali serta unik kerana mempunyai mata yang berwarna merah jambu serta rambut kekuning-kuningan macam emas namun orang tidak dapat melihat rambutnya kerana dia selalu memakai tudung menutup rambutnya..

Kerana diri dia yang berbeza dari kanak-kanak lain, sememangnya dia dianggap mungkin akan merosakkan Negara ini. Namun ayahanda dan bondanya tidak pernah mempercayai kata-kata itu dan lebih-lebih lagi Puteri Aisyah adalah kanak-kanak istimewa. Puteri Aisyah juga tidak boleh melihat atau berada di bawah cahaya matahari kerana ia akan merosakkan kulitnya. Puteri Aisyah disayangi ayahanda dan bondanya kerana dia sering dapat menyelesaikan masalah yang sukar yang dapat tidak dibuat ayahandanya.

Tiba-tiba Seri mendengar suara tangis seseorang. Dayang Seri memandang Puteri Aisyah dengan pandangan tajam. Melihatkan Puteri Aisyah tunduk, Dayang Seri tahu Puteri Aisyah menahan tangis. Tiba-tiba Puteri Aisyah menjerit. Suaranya bergema di setiap pelusuk hutan. Dia menangis. Menangis menahan rasa sakit. Wan dan Farid terkejut. Puteri Aisyah entah kenapa tidak dapat menahan emosinya,dia terjun ke dalam sungai. Dayang Seri menjerit lantas berlari ke gigi sungai memanggil Puteri Aisyah.

No comments: