Jangan Dipandang Wanita Itu
Usai sembahyang Zohor, Ainul
Mardhiah bersantai di bawah pohon berdekatan sungai. Ainul Mardhiah terfikirkan
nama yang disebut sebentar tadi oleh Mak Dayang. Mungkin dia tidak tahu
bagaimana dia mengenali lelaki itu namun memori dia kuat mengatakan bahawa dia
pernah terluka akan lelaki tersebut.
Malam ini, malam penentu soalan
yang kian bermain – main di benaknya. Lagipun, dia pasti dapat melihat wajah
lelaki itu kerana dia dijemput untuk bersyair di istana tersebut semasa jamuan
makan malam diadakan.
“ Mengapa termenung sendirian?,”
tanya seseorang.
“ Entahlah, Ainul rasa macam tak
sedap hati je ,”
“ Pasal malam nantikah?,”
Ainul Mardhiah hanya mengangguk.
Dibelainya kucing itu dengan lembut. Sekarang, Ainul Mardhiah sebenarnya sedang
berbual dengan kucing kesayangannya yang ditemui semenjak dia berada di situ.
Ainul Mardhiah sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh memahami bahasa setiap
haiwan. Oleh itu, Ainul Mardhiah sering meluahkan perasaannya kepada haiwan
kesayangannya itu yang digelar Qairen. Bila ditanya mengapa dia meminati nama
tersebut, jawapannya,
“ Ainul teringat pada seseorang
yang bernama Qairen. Itu sahaja yang mampu Ainul ingat. Ainul rasa sangat dia
selalu berada di sisi Ainul menjaga Ainul sepanjang masa,” kata Ainul Mardhiah
sambil cuba membayangkan wajah itu namun gagal lagi.
“ Ainul rasa Ainul nak pergikah malam
ini?,” tanya kucing jantan itu.
“ Mestilah. Ainul nak tengok
wajah putera itu,”
“Boleh kita ikut sekali?,”
“ Qairen nak ikut?”
Qairen menggesel-geselkan
badannya ke tangan Ainul Mardhiah menandakan dia juga hendak pergi. Ainul
tersenyum.
“ Ainul ada kawan malam ni,”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“ Mak, mari tengok Ainul ni,”
panggil Daim kepada ibunya yang berada di dapur.
Mak Dayang terkocoh-kocoh naik
tangga menuju ke ruang tamu. Apabila dia terpandang Ainul, membuatkan Mak
Dayang ternganga besar.
“ Mana kamu dapat bidadari ni?
Cukuplah ada satu gadis kat rumah ni,”
“ Bidadari ni la gadis kat rumah
ni,”
“ Ainulkah ini?,”
“ Yelah,”
Malam itu, Ainul menyarungkan
kebaya putih mutiara yang dihiasi manik-manik cantik berwarna- warni dan
berkain kelabu. Di kepalanya, Ainul memakai selendang berwarna kelabu dengan
kemas dan cantik. Sesiapa yang memandangnya pasti terpegun dengan kecantikan
Ainul Mardhiah pada malam itu.
“ Mana kamu dapat pakaian
secantik ini?,”
“ Saya jahit sendiri. Kain putih
dengan kelabu ini kan pakaian saya sewaktu saya dijumpai dulu. Jadi saya
ubahsuaikannya semula. Manik-manik ini saya cari kat dasar sungai tepi hutan
sana,”
“ Memang cantik sungguh. Macam
anak raja sahaja. Boleh panggil Puteri Ainul Mardhiah ni,” seloroh Mak Dayang.
Ainul Mardhiah tersentak. Dia
macam pernah dengar gelaran ‘puteri’ itu.
“ Mak, Daim macam pernah lihat
Ainul ketika dulu, ada macam iras-iras dengan satu puteri ini,”
“ Yakah? DI mana?,” tanya Mak
Dayang semangat.
“ Tak silap Daim, di … ,”
“ Daim…oh Daim. Awak dah
siapkah?,” jerit seseorang dari luar rumah.
“ Daim segera membuka pintu
apabila mendengar sahabatnya yang memanggilnya tadi.
“ Sebentar ya,”
Dalam masa 10 minit, semuanya
selesai. Ketika dalam perjalanan ke istana, Daim curi-curi memandang Ainul. Dia
masih terpegun dengan Ainul yang cantik pada malam itu. Begitu juga orang muda
kampong yang lain. Ainul tahu itu semua namun dia buat-buat tidak Nampak sambil
membelai Qairen di pangkuannya. Qairen menggeliat tanda suka apabila dibelai
dan dicium.
Dalam hati Daim, “ Alangkah
bagusnya kalau aku kucing itu,”
1 comment:
Great blog you have heree
Post a Comment