September 16, 2014

Andainya aku



Andainya aku mampu mengungkapkan dengan kata kata
telah aku berani katakan
bahawa aku amat menyayangi mu
setiap tika dan detik
ingatan aku akan kamu tak kan hilang

Andainya aku mampu menjadi berani
akan aku katakan
bahawa tak semua yang engkau lakukan itu betul
dan rakan-rakanmu tidak pula mengatakan hal yang sebenar

Andainya aku punya kekuatan
tidak akan sesekali aku mengalirkan air jernih di pipi
tidak akan sesekali aku merasakan perit sedih
kerana aku punya kekuatan diri

Dan
Andainya aku seorang rakan mu yang baik
tidak akan sesekali aku hanyutkan dikau ke lembah hina
kerana sahabat sejati akan membawa rakan nya juga kan ?

Segalanya Andai .
Benar aku tak mampu .
Aku benar - benar tak mampu melakukannya
Aku tak berani untuk menegurnya walau hati aku pedih dan perit
Sakit macam mana sekalipun , aku tetap pendam

Ya Allah , andai aku diberi kekuatan ini
Mungkin aku bisa berkata kepadanya

" Tolong sahabat , jangan cari aku jika kau dalam kesusahan dan kesedihan . Carilah didalam apa jua keadaan . Mungkin aku bukan penyelesaian masalah terbaik namun aku boleh menjadi pendengar yang baik. In Sha Allah ,"

No comments: