July 9, 2016

Masam Manis di Politeknik Seberang Perai (PSP)




Assalamualaikum ,
Haa , dah lama rasanya tak update blog. Hari ni memang takde kerja nak buat jadi kita buatlah satu post tentang kehidupan di Politeknik Seberang Perai (PSP) bagi pelajar-pelajar baru. Akak ni dah habis dah pun diploma kat situ dan in sha Allah graduate bulan 9. Kalau nak cakap best ke tak belajar sini. actually itu terpulang pada diri kita jugak. Janji pandai jaga diri okay ?

Aku pun tak tahu nak cerita apa sangat tapi disebabkan dah start menaip ni, jadinya kenalah menaip sampai habis jugak kan . Hahaha

KOLEJ KEDIAMAN / KAMSIS

Sem 1 selalunya diwajibkan untuk duduk kamsis tapi kalau dah rumah dekat tak payah duduk pun tak ape. Dulu masa aku masuk , untuk sem 2 keatas nak dapat masuk agak susah. yang dapat masuk pun ikut beberapa kategori

1. Anak yatim
2. Tangga gaji bawah RM1000 tak silap
3. Kalau aktif , join 4 kelab terbesar di PSP dan mohon asrama ikut bawah kelab. Antaranya kelab Pembimbing Rakan Siswa, Rakan Pusat Islam, Maintenance Crew, Kelab Multimedia.

Tapi itu dulu la sebab kamsis sikit sangat. Sekarang dah ada bangunan kamsis baru yang boleh memuatkan ramai pelajar dah jadi kalau mohon in sha Allah dapat (rasanya ler). Kamsis lama 1 bilik 2 katil . Kamsis baru 1 bilik banyak orang boleh duduk . Ada 4 tingkat . Dulu aku duduk tingkat 3. Jenuh jugak la nak naik. Ada mesin basuh berbayar (selalu rosak), Pantri , Bilik Iron ( Iron bawak sendiri ), bilik belajar , tandas ( mesti la kena ada) dan banyak lagi la .

Kalau parents pelajar nak hantar barang , boleh hantar kat pejabat kamsis . Tulis macam ni

SAIDATINA AISYAH HUMAIRA (nama sendiri ler)
10DAT13F1071 (no matrik)
N2-03-15B ( no bilik )
PEJABAT ASRAMA
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
JALAN PERMATANG PAUH
13500 , PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
012-561289 ( letak nombor sendiri)

barang selain barang dari parent macm barang yang beli kat lazada ke ape ke sepatutnya tak boleh la. Nanti kena marah dengan orang pejabat tu. Nak tahu barang sampai, ada tampal kertas kat tepi pejabat .

Tak boleh keluar dari kawasan kamsis selepas pukul 11.00 sebab in sha Allah kena kunci pintu dan tak boleh masuk. Tido la kau kat luar. huahuahua

KANTIN / CAFE / DATARAN YES

1. Kantin ni dia ada kat tengah tengah Poli. Berdekatan dengan Jabatan Mekanikal. Kantin selalu bukak awal dan tutup dalam pukul 2.30 macam tu la. Boleh la tahan pilihan makanan. Ada yang murah ada yang mahal jadi pandai la pilih. Selalu pukul 1.00 tengah hari pelajar ramai bebenor sampai takde tempat duduk. Dekat dengan kantin ada COOPMART, ada tempat boleh print , ada photostat, ada makcik jual nugget, sosej, cekodok, buah potong dan sebagainya

2. Cafe pulak ade dekat dengan kamsis dan dekat dengan jalan belakang ( jalan yang pelajar duduk di kondominium mutiara. Buka sampai malam . Kat situ ada la ATM Bank Islam. Ada jugak koperasi kamsis , pejabat kamsis pun kat situ

3. Dataran YES dekat dengan jabatan perdagangan. Ada jual nasi ayam hainan dan sebagainya. Bukak sampai malam. Ada la orang jual ais blended, waffle , kedai photostat dan print .

PUSAT ISLAM

I tell you guys, kalau time pukul 1.00 tu mesti ramai sangat pelajar. sebelum azan selalunya mereka lepak, menyembang, tido dan sebagainya. Jadinya pusat islam jadi crowded sangat. Kalau perempuan, mesti berebut telekung. Macam aku senang jer. Tak payah pakai telekung tudung dah labuh. Tak payah duk berebut . Hahaha. Alternatif lain banyak surau kat poli jugak. Dekat library pun ada . Dekat dengan kantin pun ada.

PERPUSTAKAAN

Library ada dua tingkat. Tingkat bawah ada tempat lepak lepak tengok tv, ada bilik bahan rujukan , ada cyber cafe percuma
Tingkat atas ada bilik discussion, bilik study, surau, dan meja yang banyak. Library ni pun ada kelab library. Dulu aku masuk kelab library je. Boleh la dari tak aktif langsung. Kelab Library ada jugak aktiviti yang dijalankan dan ada jugak priority bagi ahli kelab untuk facilities library.

PARKING KERETA

Kat poli ni tak terhad pun . Sem 1 pun dah boleh bawak kenderaan sendiri. Kalau bawak motor, kena parking berdekatan pintu masuk poli , begitu jugak pintu belakang. Motor akan parking berdekatan situ. Tak boleh parking luar sebab nanti MPSP ambik  Huahuahua

Kalau kereta boleh bawak masuk dalam parking depan library. Yang ni agak sedih sebab parking kat atas tanah yang berlecak (kalau hujan) dan takut kalau ranting patah sebab banyak pokok. sila bawak kereta tinggi sikit sebab nak ke parking kena naik bonggol tinggi . Kalau nak dapat parking , sila datang awal . Kalau datang lambat , no parking la kome. PENUH. dulu ada dua tempat parking. satu lagi kat padang kawad but now diorang tak bagi dah. kalau parking kat mana mana yang dilarang nanti tayar kena clamp lepas tu kena denda RM50. Kome bayar je la RM50 . apa alasan pun diorang tak nak terima. walaupun kome tak tahu tempat tu tak boleh parking pun diorang tak nak dengar.   nak duit katakan . Haha . sorry la . pak jaga nye uncomfortable sikit . tahan je la ye.

Paling penting kena ada sticker. Sticker kena beli setiap tahun . Sebelum ambik sticker kat JHEP , kena isi borang dalam SPMP. Bawak salinan no matrik , ic, ambik gambar roadtax kat kereta tu, bawak salinan geran .

JABATAN PERDAGANGAN / ELEKTRIK / MEKANIKAL 

1. Jabatan Perdagangan ni ada 2 tingkat je. nak cari kelas kosong agak susah sebab jabatan perdagangan agak ramai pelajarnya.

2. Jabatan Elektrik ada 3 tingkat. Pelajar elektrik kongsi kelas jugak dengan pelajar IT sebab IT kelasnya kebanyakannya ada di Jabatan ( aku lupa daa )

3. Jabatan mekanikal pun ada 3 tingkat . Kalau JP tak cukup kelas , kami kena pegi kelas dekat jabatan mekanikal ni la .

Okay teman dah malas nak cerita lagi , ada banyak lagi sebenarnya . Ada je Dewan Sri Mutiara, Taman Reakreasi Tepi Tasik , Gelanggang Futsal ,

Babai . Gambar tak banyak . Jangan marah aaa



No comments: