sebab tu lah sya sanggup cari baka-baka kucing ni...
mak aih..
semuanya comey2 belaka...
sya suke sngt...
hari nie sya tunjukkan 5 jenis baka dulu ok...

Abyssinian
Apabila dilihat sepintas lalu rupa baka Abyssinian adalah seperti kucing semasa zaman Mesir kuno. Badannya yang sederhana panjang, bertulang biasa tetapi mempunyai otot yang kuat. Kaki pula panjang dan kurus..


Baka American Bobtail adalah bersifat keras , baka yang kelihatan keras sesuai dengan persekitaran dimana ia berada.Badannya yang sederhana ke besar dengan bulu yang padat, panjang dan tak terurus.Bulunya terdiri daripada pelbagai warna dan corak.Baka American Bobtails jantan boleh mencapai berat sehingga 5 paun manakala betinanya bersaiz kecil sedikit...

American Shorthair
Baka American Shortair mempunyai badan yang sederhana sehingga ke besar, padat, berotot dan kuat. Bulunya pendek, padat dan tebal. Warna bulunya terdiri dari pelbagai dan bercorak dua.

Baka Balinese adalah seperti gabungan baka Siamese yang ditambahkan dengan bulu sederhana panjang dan berkilat. Badannya yang sederhana, kaki yang panjang dan ekor yang panjang. Bulunya yang sederhana panjang dan lembut mempunyai pelbagai warna berbucu seperti baka Siamese.

Baka Bengal mempunyai badan yang sederhana sehingga ke besar, berkilat, berotot dengan bahagian belakang yang tinggi sedikit daripada bahu. baka Bengals betina secara puratanya mempunyai berat dari 7 hingga 11 paun semasa matang dan jantan secara puratanya berat dari 11 hingga 18 paun bila membesar. Bulunya yang pendek dan padat dengan rasa yang lembut, pelbagai corak dan warna serta bersinar-sinar.
No comments:
Post a Comment