Ni syair yang sya dapat dari sebuah buku terbitan pts litera utama yang bertajuk Imam Maliki Pengarang Kebenaran.... syair ini dibuat oleh seorang lelaki untuk kitab al-Muwattak yang ditulis oleh Imam Malik..
Seandainya kamu mahu disebut seorang yang alim
Janganlah kamu jauhkan diri dari ilmu-ilmu orang Madinah
Apakah kamu mahu meninggalkan sebuah negeri
Di mana terdapat seorang insan yang paling mulia?
Rumahnya bukan sebuah istana
Tetapi selalu diulang alik oleh malaikat Jibrail
Di sini Rasulullah meninggalkan kita
Dengan ajarannya
Pengetahuan sudah berpecah di kalangan pengikutnya
Setiap orang ada mazhab ikutannya
Muncul pula ajaran sesat mengelirukan umat
Imam Malik menyusun dengan baik kitabnya
Dengan keterangan dan kajian yang benar dan baik
Untuk menyelamatkan manusia
Wahai sekalian manusia
Bacalah kitab al-Muwattak
Sebelum terlewat
Tidak ada selepasnya untuk kebenaran yang dicari
Dapatkan dari al-Muwattak tiap-tiap ilmu yang kamu mahu
Kerana al-Muwattak adalah matahari
Yang lain adalah bulan
Siapa yang tidak menyimpan kitab al-Muwattak di rumahnya
Maka penghuni rumah itu akan jauh dari petunjuk
Semoga Allah memberi ganjaran kepada Imam Malik
Dengan sebaik ganjaran yang diberi kepada seorang yang mulia
Dengan keberkatan al-Muwattak
Ahli ilmu menjadi mulia
Di masa hidup dan mati
Mereka dijadikan perumpamaan untuk manusia
Menjadi kenangan sepanjang masa
dipetik dari buku : Imam Maliki Pengarang Kebenaran
penulis: Abdul Latip Talib
harga: RM 24.00
terbitan: pts litera utama
No comments:
Post a Comment