March 14, 2014

Kem Kepimpinan : Kem Bina Negara Ulu Kenas , Perak

Assalamualaikum dan selamat selamat . Sekarang ni masih dengar berita yang kurang menyenangkan iaitu kehilangan MH370 kapal terbang ke Beijing. Okay , sebenarnya aku sangat takut sekarang bila mana kalau percutian aku ke Beijing tak dapat nak pergi. Bulan 6 ni masa cuti sekolah , mak aku dah memang cadang nak ke Beijing. Tiba-tiba hal kehilangan ni pula timbul . Sudah lah dah beli tiket nya. Pasal apa aku tiba-tiba kaitkan pasal kapal terbang ni dengan kem ? Sebab masa kapal terbang ni hilang, masa tu aku ada kat kem dah langsung tak tahu apa apa sebab tak tengok tv pun masa tu. cuma fasilitator yang bagitau dan masa tu jantung aku tiba-tiba berdegup pantas. Huuu ~

Actually , aku nak tulis post ni pasal duti harian aku kat kem yang aku sertai . Ni kem yang aku tau last minute sebab sepatutnya kem tu buat kat Kaki Bukit , Perlis tapi bila hari nak pergi tu baru tau ditukar ke Ulu Kenas, Perak. Ate, nak buat macam mana , redha je lah.



07.03.2014 ( Jumaat )
- Bertolak ke kem pukul 9.00 pagi.
- Singgah sarapan kat Semanggol dan sampai ke kem pada pukul 12.00 tengah hari. sampai-sampai dia bagi taklimat sikit dan disebabkan hari jumaat , budak laki pergi sembahyang. oleh itu makan tengah hari dicepatkan dan budak perempuan boleh buat hal sendiri dan kena berkumpul pada pukul 2.30 petang di dewan .
-  tengah hari kami makan ikan masak merah , ayam masak kari , tembikai , air strawberry dan sayur campur air. nasi cepat habis sebab mungkin hari pertama orang lapar sangat kot. 2.30 petang masa taklimat , diorang kenalkan semua jurulatih. ada yang baik ada yang garang ada yang bajet macam garang padahal lawak orangnya. bagi  tahu jugak pasal disiplin .
- pukul 4.30 makan petang kuih koci dan kuih pulut panggang beserta air teh.
- 5.15 aktiviti gerak fizikal . masa aktiviti ni kena buat tarian perang yang memenatkan otot kaki. first diorang pasal lagu WARISAN . aku terkejut juga tengok ramai yang tak pernah dengar lagu ni. Inilah lagu favourite mak aku . lagu ni sangat mendalam maksudnya.
- Makan malam disediakan sayur campur , ayam masak merah , ikan masak ( aku tak tauu) dan pisang. maghrib macam biasa ada kuliah agama oleh Ustaz JAAFAR.
- Setelah kuliah agama , ada permainan dan dibahagikan kumpulan. aku dapat kumpulan dengan 9 orang yang lain iaitu : AMIR IDDIN (KECHIK) , FAIZ DANIAL, BOLLAH , MIRA , ZARIFAH, NADIA, ARIFAH, PIKA, ASH. Of course pertama kali aku masuk kumpulan tu aku rasa tak selesa sangat. Rasa ada suatu rasa menyampah tapi aku pendam. tak kenal maka tak cinta. Kami diminta buat bendera dan nama kumpulan diberi INSANIAH 10' dan kami orang pertama siap. Lepas tu minum malam teh panas dah kek pisang.
- dapat tidur pukul 12.00 tengah malam.



08.03.2014 (Sabtu)
- 4.15 pagi dah mula bangun dah mandi . sambung tidur sampai 5.30 pagi sebelum pergi kuliah subuh dan solat subuh.
- 7.30 pagi dah ada aktiviti gerak fizikal yang memenatkan . Kami kena tekan tubi sebagai denda tak hormat penghulu.
- 8.00 pagi sarapan pagi makan nasi lemak dan teh tarik
- 8.30 pagi wacana minda yang pertama oleh Muhamad Nor Suhaili B Ismail
- 10.30 pagi minum pagi milo panas dan karipap serta kuih gelang
- 11.00 pagi wacana minda yang kedua oleh Mohamed Zuhri B Shariff
- 1.00 petang rehat/solat dan makan tengah hari : ayam masak kicap , sotong masak merah , sayur sawi , air anggur dan tembikai.
- 2.30 petang bersama fasilitator dalam satu kumpulan . Kami dapat fasilitator Cikgu Hadi namanya. Kami diminta memperkenalkan diri dan setelah itu tanya soalan peribadi kat kawan yang lain. Selain itu kena buat pasal falsafah.
- 4.30 petang minum petang dengan kopi serta kuih seri muka.
- 5.15 petang aktiviti gerak fizikal yang lebih memenatkan (khatam dah tarian perang)
- 6.30 petang makan malam iaiti ikan kembung goreng tepung, ayam masak kurma, epal dan air laici yang tawaq serta acar timun dan nenas.
-7.15 petang macam biasa solat maghrib dan isyak . masa kuliah agama tengok video.
-9.15 petang bersama fasilitator lagi dengan aktiviti telefon berkarat, public speaking dan lukisan untuk komunikasi sehala dan dua hala.
- 11.30 petang minum malam iaitu roti inti kelapa dan kopi susu dan setelah itu tidur.


09.03.2014 (Ahad)
- 4.15 pagi hingga 7.00 pagi benda yang sama dibuat
- 7.00 pagi sarapan nasi goreng dan telur goreng
- 7.30 pagi macam biasa la buat aktiviti gerak fizikal
- 9.00 pagi ada explorace ada 6 checkpoint yang pelbagai bagai antaranya:
        1) - kena ikut dan buat balik gaya SAYA ADA JIWA , JIWA SAYA BESAR , KALAU BUKAN BESAR , BUKAN JIWA SAYA .
            - kena buat melodi dan hafal ini : KAKAK KU KATA KUKU KAKI KU KAKU , KU KIKIS KIKIS KUKU KAKIKU, KAKU KUKU KAKIKU.
        2) - kena masuk kan diri dalam spider web lepastu kena salut tepung kat muka
        3) - kena andaikan itu sungai asid , macam mana kita nak harunginya, satu kerusi kena himpit himpit ( kumpulan kami paling jauh )
        4) - kena tanya soalan pasal perlembagaan. salah kena makan bawang. kumpulan kami tak kena makan bawang sebab jawab betul
        5) - kena buat budaya orang melayu . kami buat kompang orang kawin . kena minum kopi yang dicampur dengan garam yang banyak
        6) - kena makan cili ( aku tak makan pun) lepastu kena masukkan air dalam botol tanpa pegang botol dan air dalam botol masukkan kat cawan ikut sekata semuanya.

Kami kumpulan no 4 yang sampai sebab masa dekat checkpoint makan bawang tu , kami kena tunggu giliran yang lama. -sedih- lepas tu kami kumpulan markah yang dapat no 4 . teruk sangat rasanya.

- 1.00 petang makan tengah hari ( menu ni aku dah lupa sebab tak salin dalam diari )
- 2.30 petang aktiviti buat mesin manusia. kami kumpulan pertama kena bentang dan kami buat pasal mesin basuh pelbagai guna. diorang gelak kan aku sebab aku jadi penuang pewangi softlan dan aku terbuat bunyi PLOP PLOP ( macam bunyi T_ _ _ _ ) Huahuahua dan kami dapat no 2 .
- 4.30 petang sampai 9.15 petang adalah aktiviti yang sama
- 9.15 petang kami ada buat aktiviti berkumpulan iaitu fasilitator akan suruh kami tulis kat kertas apa yang dia suruh. contoh macam ikan apa yang di depan P di tengah P dibelakang P. kena senarai berapa banyak yang boleh. masa ni aku paling benci . ada satu fasilitator yang agak kurang sopan buat kami macam haiwan . dia koyak kan kertas kami sampai jadi cebisan . lepas tu dia suruh kutip . aku tak dapat nak ceritakan banyak sebab aku sangat sakit hati . masa akhir tu dia minta maaf kalau ada salah silap tanpa ikhlas. dia minta maaf tak ikhlas. aku tau tu sebab dia buat muka sambil lewa. masa kuliah maghrib tu aku ingat lagi : KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD mengatakan : janganlah kamu menyakiti hati orang lain jika kamu tidak mahu disakiti (lebih kuranglah) . jadi ini apa ? permainan yang menyakitkan . ini bukan gurauan. maaf , itu yang aku tak dapat terima . lepas tu fasilitator yang ajak menari . maaf , aku bukan kaki disko nak menari nari. jujur aku suka menari tapi berpada padalah. aku menari tanpa orang nampak sebab perempuan kalau menari adalah aurat . kerana apa ? kerana lelaki akan tengok tubuh wanita yang meliang liuk.
- 11.30 petang dan macam biasa minum malam serta tidur. Malam tu ramai yang nak ambik gambar kat pokok lampu lampu macam icity Shah Alam.

10.03.2014 (Isnin)
- 3.00 pagi dikejutkan untuk bangun sebab nak pergi jungle trekking malam malam macam ni
- 3.30 pagi mula berjungle trekking. dah la gelap tak nampak lampu suluh ada kat fasilitator je. kena pegang baju orang depan , orang depan pulak jalan laju lepas tu selalu betulkan baju je . masalah . bila laju ada satu tempat tu aku jatuh dan kaki aku sakit sangat tapi aku tetap jalan. aku tak suka susahkan orang nak bawak aku. ada beberapa masalah kawan aku ada yang jatuh lubang , ada yang terjatuh kat batu , ada yang pengsan dan dengar bunyi macam macam. ada yang bau kemenyan ada yang gelak-gelak dan sebagainya.
- 6.30 pagi habis berjunggle trekking. tak larat dah . solat subuh dan kuliah
- 7.30 pagi disuruh memasak di tepi air terjun. kami disuruh masak sardin dan ubi rebus. aku tak dapat nak tolong banyak sebab kaki aku sakit sangat dan aku tak boleh jalan laju laju. sorry kawan yang benci aku tu , kau dah tau aku tengah sakit kau suruh aku buat macam macam . kau kata aku lembab.  ok fine aku buat . tapi sorry to say la . kau sorang je yang tak memahami penderitaan orang lain. tengok lah kalau kau kena , takde siapa nak tolong kau. sorry juga sebab susahkan kumpulan kau sebab pasal aku , kau mencebik tanda menyampah.
- 9.30 pagi makan sardin , kelapa punya serbuk ape ntah tu dengan ubi . kenyang sangat bila makan . tak habis bagi kucing makan . kucing tu makan ubi dengan sardin.
- 11.00 pagi upacara penutup dan dapat sijil . dan lepas tu kemas untuk balik
- 2.30 petang sampai ke poli. terus balik rumah dan tido

habislah coretan aku yang panjang berjela ni . Maaf lah sebab tulis panjang panjang. Kenapa kena minta maaf ? Ni blog aku , suka hati aku la kan ? Huahuahua. Terima kasih kepada kumpulan aku yang sering sokong aku. kepada kumpulan aku , Faiz , ash , bollah dan Kecik : terima kasih terima aku dan layan aku sebagai ahli kumpulan kau . Sorry sebab buat muka serious . selama jadi kumpulan , baru korang tahu macam mana perangai aku . sorry kepada kumpulan aku juga sebab ada orang tu anti dengan aku . aku buat tu salah , buat ni salah . aku sentuh bahu kau , kau macam nak tepis . aku buat lawak dengan kau , kau buat muka menyampah. aku rasa kalau kau baca , kau mesti tak tau aku sedang cakap pasal kau sebab mana ada orang jahat mengakui kesalahannya ? Tapi kalau aku ada buat salah kat kau pun , aku minta maaf lah . maaf kepada kau aku memang dah bagi dah . aku tak pernah simpan niat dendam kat siapa -siapa. aku cuma nak bergurau. tak semua orang suka kita . so, jangan perasan . terima kasih kepada PAK NAN yang layan kerenah aku dan jurulatih jurulatih yang lain. Err, sorry lupa nama dan kepada ENCIK SUFIAN , terima kasih sebab bagi nasihat yang berguna pasal orang perempuan tinggi kena cari laki rendah . saya ingat tuu :3

No comments: