March 22, 2014

Sebenarnya aku juga mahu




Assalamualaikum wahai para pembaca blog eden yang tak seberapa ni . Alahai , dah la suka merepek repek dalam blog ni pun masih ada yang sudi memeriahkan blog ni . Peduli pula aku kan ? Blog aku sukahati teman la . Uh-huh , aku pun tak pasti masalah aku yang boleh dianggap serious ni . aku selalu fikir , aku juga mahu sesuatu itu tapi dalam hidup aku , untuk mendapatkannya sangatlah terlalu payah. bahkan , merasai apatah lagi. Sangat sedih . Aku harap kawan-kawan yang aku kenal jangan baca post ni. Yang tak kenal boleh baca. Sebab nanti mesti nak kata aku ni tak bersyukur . Haihh

1. Sebenarnya aku juga mahu hadiah .
Ini memang tempat pertama bagi segala-galanya. Aku mahu diraikan dan diberi hadiah tika hari jadi aku. Tapi , tiada siapa nak bagi aku kecuali aku yang meminta-minta. Aku jelous sangat tengok kawan aku bila hari jadinya dia dapat hadiah dari kawan-kawan. Aku tak tahu kenapa mereka tak nak bagi aku hadiah. Dalam minda aku mula lah nak cakap , masa hari jadi dia , aku bagi hadiah . masa hari jadi aku tak ada siapa nak bagi . Ah , tidak baik berkata begitu . Hasutan syaitan sungguh .

2. Sebenarnya aku juga mahu sahabat
Aku punya ramai kawan dan kenalan tapi aku masih berlum mengenali siapakah sahabat aku. Kawan dan kenalan boleh dicari di mana-mana tetapi sahabat sukar dicari. Ia muncul 1 dalam 1000 orang dan untung jika kau ada sahabat itu.

3. Sebenarnya aku juga mahu dirindui
Benar , aku sering merindui semua kawan-kawan aku tidak kira lama atau baru tetapi mereka rindu aku ke tak ? Ah , kalau bab ni aku penat. Aku penat untuk menghidupkan suasana seperti SAHABAT. Tolonglah sahabat , rindui aku ? Adakah aku hanya seorang kawan mu yang tiada di hatimu. Biar aku cakap je kat sini ,
Sahabat , kenapa kau tak nak telefon aku ? Kenapa dan kenapa ? Kau dah lupakan aku kan ? Kau buat aku ternanti-nanti sehingga aku akhirnya pasrah dengan takdir bahawa aku akui yang kau telah cuba melupakan aku sedikit demi sedikit. Kenapa aku yang sering menelefon kau ? Ah yaa ! Aku bodoh dan tidak pandai. Merindui orang yang tidak pernah merindukan aku dalam hatimu. Aku dianggap sahabat kau yang buang masa. Menghabiskan kredit semata-mata mendengar khabar kau kerana lamanya kita tidak berjumpa. Beri lah aku peluang untuk merasai kerinduan itu walau sekali . Aku memerlukannya . Aku perlu .

4. Sebenarnya aku juga mahu dicintai dan mencintai 
Ni semua orang nak , aku pun nak juga. Tapi aku tahu , Allah telah merancang segala-galanya untuk aku . Di mana aku mula mencintai dan dicintai. Aku berharap agar cinta aku kepada Mu tak pernah kurang . Biarlah ! Biarlah ! aku rela dengan kehidupan aku sekarang . tak mahu mencintai dan dicintai . Cukuplah kalau orang itu benar-benar mencintai ku kerana Allah , maka beranikan diri jumpa dengan Mak aku .

5. Sebenarnya aku juga mahu memahami dan difahami
Aku rupanya belum khatam lagi nak memahami sifat sifat dan personaliti seseorang . Tetapi , tidak mengapa kawan . Kau sakitkan hati aku atau kau lukakan hati aku tidak mengapa . Beri aku masa untuk tidur dan NAH ! Aku lupa akan kesakitan itu. Hina dan cacilah aku pada hari ini dan esok tegurlah aku seperti biasa kerana aku akan lupa kesakitan semalam.

6. Sebenarnya aku juga mahu merasai diri ini dihargai
Aku cuba untuk menjadi seseorang yang dikenali ramai . Menjadi seorang yang disanjung tinggi. Benar , aku juga manusia biasa.

- Ummi , terima kasih kerana menyokong semangat juangku . Aku bangga menjadi anakmu . Ummi berbangga dengan aku. Gemar dia bercerita aku sangat aktif di sekolah dan politeknik dengan orang ramai. Sampaikan aku malu dan merendah diri mendengar pujian ummi .
- (Sahabat yang aku sembunyikan namanya) Ya Allah , tidak pernah aku mendengar pujian kau yang melambung tinggi terhadapku. Kau berbangga mempunyai ahli kumpulan seperti aku. Tidak pernah aku diangkat dipuji setinggi gunung oleh seorang manusia yang bergelar lelaki .
- Cikgu Azizah dan Cikgu Mazura , puas sudah kau memuji aku seorang yang sangat aktif . Walaupun aku berbadan besar , tidak pernah mereka mengendahkannya. Mereka tetap memberiku semangat untuk terus berjuang.

Cukuplah . Aku sentiasa ingat akan kata kata mereka yang memahami aku . Ya Allah , moga mereka sentiasa berkeadaan baik moleknya . In Sha Allah

#### Aku tidak meminta untuk kamu membacanya kerana inilah luahan hati aku . Aku tidak pernah minta sesuatu yang berharga sedangkan aku tidak punya apa-apa untuk kamu .


1 comment:

Winter Snowy said...

don't give too much, never get too attached. you'll be fine. i love you, friend. be strong okay :) miss you!