April 1, 2017

Nasihat Tentang Kawan



1) Bila kau kawan , jangan terlalu rapat. Bila masing-masing bergaduh, yang rapat itulah paling lama bergaduh .

2) Bila sayang kawan , jangan sayang sangat. Bila dah sayang, ditinggalkan pun boleh jadi merana

3) Bila terlalu baik, jangan baik sangat. Kelak kita yang merana

4) Bila kerap serba salah , abaikan sahaja. Jika kita masih memikirkan masalah itu, hati kita yang sakit

5) Nama pun kawan. Ada banyak jenis kawan . Kawan baik, kawan karib, kawan sehidup semati, sahabat, sahabat akrab dan dll.

6) Bila dah buat salah, minta maaf walaupun bukan salah kita. Lebih baik kan mengalah?

7) Namun pada masa yang sama, mengalah adalah tidak begitu baik kerana apabila kerap mengalah, keraplah orang pijak kepala kita

8) Jangan berharap kawan baik kau yang satu ni adalah satu-satunya kawan kau. Bila kau nampak dia peramah maknanya dia ramai kawan baik yang sama taraf dengan kau . Kiranya istilah bff macam tak wujud

9) jangan mengharapkan dia menyayangi kau seorang sahaja. Dia ada kawan yang lebih baik dari kau sebenarnya

10) Jangan cepat perasan. Kelak kau sendiri malu.

11) Jangan terlalu percaya. Kelak tersakiti.

12) Jangan terlalu rapat dengan kawan yang dah ada boyfriend/girlfriend sebab mereka akan lebihkan pasangan mereka dari kita

13) Jangan kerap bersama rakan. Dia juga mahukan privacy

* Diingatkan ini luahan hati aku sahaja . Sila jangan ikut dan abaikan sahaja .