December 25, 2020

MAKAN-MAKAN DI LANGKAWI

 Assalamualaikum guys. Tahun ni langsung tak update ape-ape. Nanti orang ingat blog ni dah tak guna pulak padahal ada je selalu. Cuma tahun ni dah start kerja kan. Busy la sikit. Harini sebab cuti je boleh la tengok blog ni yang dah habuk habuk sudah. Disebabkan covid, ada banyak tempat tak boleh nak pergi. Tapi Langkawi ni takde yang covid masa pergi haritu so okay la boleh la pegi. Sebab dah lama tak naik ferry, saje naik ferry. Biasa naik flight. Tapi kalau time covid ni better naik flight la sebab kat dalam ferry langsung takde penjarak kan. Kalau dari Kuala Perlis kalau boleh datang setengah jam awal sebab tak boleh duduk pun kat dalam terminal. Kena tunggu kat luar dan beratur kat luar. 

Okay tanpa membuang masa nak cakap macam macam padahal tajuk nya makan-makan di langkawi kan. Kedai yang aku pegi ni ada je dekat google. Aku pun dok cari kat google je tapi aku nak bagitau yang kedai ni still bukak. Kira macam nak update la kedai yang dok ada kat google tu still bukak lagi ke. Aku pegi langkawi ni pun tak pegi jalan sangat sebab dah selalu pergi. Pergi jalan-jalan cari makan je lah. 


1. MEDAN SELERA NELAYAN / RESTORAN NELAYAN

Kedai ni terletak di Bukit Malut, Langkawi. Ni sesuai untuk makan malam lah. Makanan nya fresh fresh sebab terus dapat dari nelayan yang baru naik darat tapi kalau waktu cuti sekolah Masha Allah tunggu punya lama nak dekat sejam menunggu untuk makan dihidang. Rasanya boleh la datang awal. Datang lepas maghrib pun dah ramai. Alah selalu orang yang pegi Langkawi kan bermusafir. Boleh solat jamak, boleh je nak datang before maghrib kan. Cadangan je. Memang lama sungguh aih duk tunggu. Harga pun not bad tak mahal melampau. 


Ni pinjam gambar dari google. Nak bagitau medan selera ni macam ni. Tahun 2020 ni still warna kuning jugak. 


Kiteorang order ikan gini jela. Yang sedap and recommended adalah yang ikan bakar tu. Tu ikan cencaru ke tak silap. 4 jenis makanan ni + plus air buah dalam RM140 semua ni.

2. LAMAN PADI 

Okay kedai ni terletak berdekatan dengan Pantai Cenang. Tapi tak masuk lagi area pantai cenang. Kedai ni best sebab dia makan area sawah padi. Kami datang dalam pukul 1 angin tengah hari sedap je . Tak rasa panas sangat. Tapi kalau pegi area pantai cenang tu panas dia fuhh kenot tahan. Saje nak bagitau. Kiteorang tak sewa kereta just naik grab. GRAB ADA TAU KAT LANGKAWI. Kome kat dalam kampung pun ada grab. dari hotel terus ke kedai ni mahal la jugak yela sebab jauh , KUAH - PANTAI CENANG RM28 jugak la. 



Nama Restoran ni Restoran Kerisik. Kalau search Laman Padi pun boleh je akan sampai tempat yang sama jugak. Bukak pukul 12.00 TENGAH HARI 


Yang kami order ni Set Nasi Sunda. Memang dalam menu pun kata Recommended so kena try la. Puas hati. Ni untuk 3-4pax. Harga dia pun boleh tahan dan makanan dia sedapppppp.


Ok nah siap bagi menu dan harga supaya korang boleh bajet nak pegi makan ke tak. 


Laman Padi ni ada dua tempat makan. Satu yang ini, yang biasa la ada meja dan kerusi. Nampak macam panas kan padahalnya beranginnn je. 


Ni ada pondok-pondok. Makan bersila. Siap boleh baring lagi menikmati angin tengah hari. Tapi kalau nak dapat tempat duduk ni kena datang awal la. Sebab selalu je penuh orang ambik tempat tu. Kami mai pukul 1.00 tengah hari  dah penuh orang kat pondok tu. 


Dah nama laman padi mesti la kena ada padi. Yang gambar kat atas tu padi nye baru lepas kena potong. Ni gambar padi yang korang kena jalan sikit ke belakang ada la nampak padi. Boleh ambik gambar.

3. HALIM GP / GULAI PANAS AIRPORT


Kedai ni memang akan ramai orang datang sebab memang sedap kari dia. Kami datang before maghrib and tak ramai lagi orang. Kalau datang lepas maghrib habislah . Paham paham la ramai 


Boleh la datang datang terus pilih nak pakai ikan apa. Kami pilih ikan nyok2. Sedap sungguh wey. 


Haa tu ikan nyok2. Sedap yum yum. Harga kepala ikan + badan ikan satu + telur dadar + sotong goreng tepung + air fresh oren harga dalam RM90. Err i tak tau tu harga mahal ke tak. Tapi berbaloi la cite dia.

4. NASI DAGANG PAK MALAU 



Yeay ni kedai tak tau kenapa paling femes orang mai. Bayangkan kiteorang datang pukul 7.50 pagi pun dah ada orang sampai. Bukak pukul 8.00 pagi. Memang kalau nak datang sini memang kena datang awal sebab memang orang ramai gilaaaa datang. Naik grab dari pekan kuah dalam bayarn RM16.

.

Sepinggan macam ni RM10. Ada pilihan lauk seperti daging , ikan , dan ayam kampung. Cili tu boleh ambik kalau nak pedas. Taknak pun takpe.


Boleh jugak beli dua lauk. Satu tambahan lauk RM5. Lepastu ada banyaaak pilihan dessert yang boleh dipilih. Kedai ni dia self-service. Nak ambik nasi dan lauk kena beratur. Nak ambik air, ambik sendiri dan beratur.



Memang kawasan kampung la Nasi Dagang Pak Malau ni. Cantik pemandangan. 


Lambat sampai makan kat sini la. Ni suasana pukul 8 pagi ye masih tak ramai.


Nak duduk kat pondok tu pun boleh. Ni dah start ramai. 

Okay dah habissss. Tak sempat pegi banyak tempat pun tak boleh la puas hati. pegi pun 3 hari 2 malam. Ok la tu ini je dapat. Haa guys apo lagi pegi la bercuti. Jaga SOP tau. Babai 

No comments: