July 21, 2021

Kenapa Unikl Business School?

 Assalamualaikum , 

Hai gais. Jarang nya la nak update blog sekarang ni. Tapi hari ni rasa macam nak post satu la pasal kenapa Unikl Business School? Kenapa apa? Kenapa memilih untuk masuk unikl business school (Ubis)? Kalau ikutkan , nak letak tajuk secara general ja. Kenapa nak masuk unikl? Tapi sebabkan saya ni alumni ubis, saya nak cerita pasal ubis je lah. Hehe. Tapi ada jugak point secara general yang boleh dibaca oleh bakal-bakal pelajar unikl di mana-mana pun. 

1. Kenapa Unikl? 

Unikl ni under mara. Pastilah bukan IPTA kan. Mesti IPTS. Unikl ni ada banyak cawangan kat satu malaysia. Setiap cawangan lain-lain kos yang ada. Tak akan sama satu kos. Kalau nak masuk business management , kena masuk UBIS. Kalau nak masuk Marine , kena masuk Unikl Lumut. Kalau nak masuk bahagian perubatan, mesti Unikl Royal College of Medicine di Ipoh. Jadi kenapa unikl? Sebab unikl under mara. Mara support pelajar yang belajar di unikl. Bagi pelajar B40 mesti dapat elaun bulanan punya lah. Bagi M40 dan T20 , ada limit untuk penerimaan elaun. Macam saya tak dapat elaun sebab mak ayah T20. Cuma yuran mara support. Maaf saya dah lupa berapa maksimum gaji mak ayah untuk lepas dapat pinjaman mara dan elaun . 

2. Yuran mahal ke ? 

Betul, yuran agak mahal. Macam saya 4 tahun ambil degree in accounting perlu bayar RM52,000 tetapi disebabkan saya lepasan diploma akaun, saya dapat exemption untuk setahun dan perlu belajar 3 tahun lagi. Bayarannya berjumlah RM39,000 untuk 6 semester. Tetapi , dah cakap tadikan, saya dapat pinjaman mara dan tak perlu bayar semahal itu semasa belajar di unikl. Saya cuma bayar setiap awal sem beberapa ratus sahaja . Dah lupa pulak berapa. Masa saya , seingat saya bayar RM250 ke tetapi lepas saya habis belajar, yuran naik jadi tak berapa pasti naik nya dalam RM300 atau RM400. Tetapi the best part pasal mara ni kita tak perlu bayar RM39,000 tu pun. 

3. Macam mana kadar bayaran balik ?


Gambar 1 : Kadar Bayaran Balik Pinjaman Mara

Ini adalah jadual kadar bayaran balik untuk pelajar unikl. Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA atas 3.00 jadi kadar bayaran balik saya adalah sebanyak 20%. Lepas habis belajar dan telah menerima transkrip , cepat-cepat buat pengurangan pinjaman . Ini penting sebab baru lah dapat bayar 20% dari jumlah yang sepatutnya . Takkan sanggup nak bayar RM40k jugak kan ? 


4. Cara nak apply kadar bayaran balik ? 

Hehehe, harap masih membantu lagi lah nak ajar apply kadar bayaran balik ni sebab dah lama buat kan. Konvo tahun 2019, so dah lama la tapi In sha Allah ingat sikit sikit sebab haritu bukak balik sistem . Ok ni benda pertama kena buat lepas dapat transkrip dan jugak sijil certificate degree tu. 


Gambar 2 : e-conversion (Klik sini)

Ini adalah laman web untuk permohonan pengurangan pinjaman pelajaran mara . Kat sini lah kena update segala data yang diperlukan. Nak mohon ni kena jugak bayar RM300.00 iaitu bayaran komitmen semasa permohonan. Jangan risau, RM300 tu nanti auto tolak dengan pinjaman mara kita nanti tu . Kat sini jugak nanti kena scan transkrip dan certificate degree kita tu . 


Gambar 3 : Gambar di dalam e-conversion 


So, dalam ni ada data-data kita . Tahun ni bukak balik pun sebab nak update pekerjaan. Tengok dah lama dah buat . Tak tipu eh . Hehehe. Nanti kita kena lah scan dan hantar ke dalam ni. Kena tunggu beberapa hari untuk dapat Status diterima yang tanda tick right tu. Perlu jugak membuat pembayaran dan kena letak bukti di dalam ini jugak . 

Gambar 4 : e-baki  (Klik sini)

Ini adalah sistem e-baki. Nanti bila tiba waktunya untuk permulaan pembayaran, kat sini lah kita boleh tengok baki pembayaran kita. Ok, saya habis belajar pada bulan 6/2019 dan konvo pada bulan 10/2019. Pada tahun 4/2021 dah start pembayaran dilakukan. Kat sini boleh cek jadual bayaran balik .



Gambar 5 : Jadual bayaran balik 

Bayaran balik akan tamat pada tahun 3/2028 jadi takde la sampai pencen dok bayar pinjaman je kan . Lagipun mara ni bukan mahal sangat pun instead of ptptn . Ada kawan saya perlu bayar 350+ sebulan ptptn sebab diploma dan degree dia pakai ptptn. Banyak kan . Dah la kita ni fresh graduate, duit pun belum banyak dah kena bayar pinjaman yang banyak macam tu . 




Gambar 6 : End of repayment 

Alhamdulillah saya dah habis bayar dah sebelum tahun 2028 pun . Hehe. Kalau dah habis bayar, akan keluar macam ni lah. Sila cetak ya supaya nanti takde timbul tetiba ada kata tak habis bayar lagi so rugi lah kan kat kita. 

5. Boleh dapat kerja ke lepasan unikl ni? 

Ok ni yang orang selalu kena brainwash ni. Kalau belajar kat swasta, susah dapat kerja. Kalau belajar kat universiti awam, senang ke dapat kerja? Tolong lah jangan percaya cakap orang lain. Boleh je dapat kerja kalau belajar dengan unikl ni. Nak bukti ke ? Saya ni pun dah kerja tau. Saya kerja kat kerajaan dan masih kontrak sebagai penolong juruaudit. Kawan saya belajar di universiti awam pun agak sukar mencari pekerjaan. Lagipun mencari kerja ini adalah rezeki masing-masing. Kita perlu berdoa bersama dengan usaha mencari kerja. Memang kawan-kawan saya elok je dapat kerja macam-macam. Yang penting, masa latihan industri, pilih syarikat yang betul-betul. Ada kawan saya latihan industri di syarikat oil and gas dan setelah habis belajar, dia dapat bekerja di situ jugak. Saya pun latihan industri di Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan dapat kerja di tempat yang sama. Jangan asyik kata IPTS susah nak dapat kerja. You never know until you try it yourself. 

6. Pensyarah semua ok ke ?

Sangat ok . Senang berhubung dan senang memberikan kerjasama. Tapi biasalah kalau ada satu atau dua pensyarah yang agak sedikit bermasalah. Cuma kalau kita jumpa pensyarah macam tu, kena la kita ikut cakap dia. Nanti dia bagi markah sikit karang untuk assignment , dah naya kita. Tapi memang banyak pensyarah yang sangat-sangat membantu dan terbaik ! Jangan risau kalau nak berhubung dengan pensyarah . Saya pun pernah belajar di ipta masa diploma.  Ada banyak pensyarah yang tidak suka pelajar nya mesej dengannya dan ia agak menyukarkan kita nak buat kerja. Sebab tu lah saya memilih untuk masuk unikl sebab pensyarah yang baik belaka. Alhamdulillah . 


Ok sampai sini sahaja lah ya. Kalau ada soalan boleh berhubung dengan saya melalui e-mel. (feira.flora@yahoo.com) saya memang kerap membuka e-mel dan sememangnya ramai je ada mesej saya. Kalau nak mesej whatsapp ke , mesej dulu saya di e-mel. Saya gembira jika dapat membantu menjawab pertanyaan . Saya juga pernah update mengenai unikl business school . 

- Question & Answer Unikl Business School (Klik Sini)

- Updating Life at Unikl Business School 2018 (Klik Sini)

- Serba serbi Unikl Business School (Klik Sini)

 ADA YANG DAH BERUBAH BEBERAPA PERKARA. BOLEH TANYA BALIK UNTUK KEPASTIAN . SEBAB SAYA TULIS SEJAK SAYA MASUK 2O16 DAN SEHINGGA HABIS BELAJAR.

EDIT: BY THE WAY, SAYA MINTAK MAAF BANYAK-BANYAK KALAU TAK DAPAT BANTU. SAYA DAH GRADUATE SEJAK 2019. KAWAN SAYA PUN BARU HABIS 2021 SO DAH TAKDE ORANG NAK SAYA TANYAKAN PERKEMBANGAN BARU UBIS. TAPI MANA YANG SAYA BOLEH JAWAB, SAYA JAWAB. THANK YOU 

 



6 comments:

Akif said...

hiii..

Saya nak tanya,, mana nak dapatkan kadar bayaran balik pinjaman MARA ni ya?
Saya cari di laman web MARA tak jumpa2 😭.

Harap akak dapat jawab komen saya, huhuhu.

Aisyah Fiera :3 said...

Alamak, sorry tak perasan comment. Nak cepat awak e-mel la lepas ni. Akak dulu dapat kat myeduloan.mara.gov.my. Laman web ni kan laman web untuk apply loan mara kan. nanti bila dah nak habis belajar , dia akan keluar kadar bayaran balik pinjaman mara ni . Hope membantu

Unknown said...

Hi kak mcm mana lepasan diploma nak daptkan pinjaman bawah mara n syarat nk dapatkan pinjaman tu mcm mana ye

Anonymous said...

Hii nk tanya akak dpt kredit satu tahun ini dia tgk pointer ke maklumat apa ya?

Anonymous said...

Hai nk tnya klw xdpt pinjaman mara nnti kita mmng kena bayar penuh ka

STK KUMPULAN 2 said...

Hi sis nak tanya.. Kalau macam family saya cerai, mak saya m40. Bole ke saya dapat pinjaman mara dengan elaun?